Saturday, October 17, 2009

BULAN SABIT MERAH 2009/2010

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya termasuklah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki. Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester (Mulai sesi 2009/2010)
Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat, pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagai jurulatih.


Latihan dijalankan setiap hari rabu (setiap minggu) di DKS 1.2 bermula jam 2.30pm–7.00pm.Pakaian rasmi ialah T-shirt latihan & berkasut sukan.Latihan hari rabu berbentuk teori dan praktikal PC.

Latihan pada hari sabtu (2 minggu sekali) bermula jam 8.30am-12.00pm di tempat letak kenderaan FKP (Latihan kawad) dan DKS1.2 FKP (teori dan praktikal PC)

Latihan luar (Kursus) – Program Orientasi, Teambuilding, BOM etc.

Nota : Jadual latihan adalah tertakluk kepada pindaan.

Jadual latihan dikeluarkan oleh Pusat Kokurikulum.

Memohon pengecualian latihan perlu diajukan kepada Pusat Kokurikulum @ TNC (A&A).

Penilaian

  1. 60 % : Penilaian berterusan (Softskills)
  • ž Kemahiran Berkomunikasi
  • ž Pemikian Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
  • ž Kemahiran Kerja Berpasukan
  • ž Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
  • ž Kemahiran Usahawan
  • ž Etika Dan Moral Profesional
  • ž Kemahiran Kepimpinan
  • ž Kehadiran


2. 40 % : Peperiksaan Persijilan


Apa yang diperolehi selepas tamat KURSUS

  • Menguasai asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya:-mock up, anduh, ikatan tali, bantuan menyelamat dsb.
  • Peluang melanjutkan kemahiran sehingga bergelar jurulatih bertauliah
  • Mempunyai peluang untuk menyambung perkhidmatan kejurulatihan di USIM dan di negeri masing-masing.


Kerjaya selepas bergraduasi.

- Jurulatih BSM bertauliah di Sekolah, Universiti.

- Pegawai di Human Resources Department.

- Pensyarah etc.


E-mail BSM USIM

pbsm@mylms.usim.edu.my


Blog :

http://bsm-usim.blogspot.com


Office :


Bilik Gerakan BSM d/a Pusat kokurikulum,

Bandar Baru Nilai,

71800 Nilai, Negeri Sembilan.


No. telefon :

06-798-8711/ 8174 (Pusat Kokurikulum)


Fax : 06-798 8297

Friday, October 16, 2009

XKENAL MAKA XCINTA

Salam pertemuan wahai rakan sekalian..Adakah anda tahu carta organisasi BSM USIM 2009/2010???Jom kita kenali..rasenye belum terlambat..

OGANISASI INDUK BULAN SABIT MERAH
Pegawai Kehormat


Dr.Adnan Mohamed Yusoff
Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia.

Pegawai Penyelaras

Tuan Syed Najihuddin Syed Hassan
Pensyarah FPQS USIM
Puan Zaharah Zainal Abidin
Pen.Pendaftar Unit Latihan USIM


Jurulatih

Tuan Haji Baba Bin Mohd Dali
(012-2525686)


Sir Fedrick Teh Leong Ylie
(012-6192768)


Pembantu Jurulatih

DAING MUHAMAD FADZIL B. ABD LATIF
NURUL AQILAH BT AB.SHUKOR
NOR A’TIQAH BT JALIL
NOR HIDAYAH SUHAMI
NURUL NADZIRAH MOHD YUSOF
AFIFAH BT MOHAMED
MUFIDAH BT SHAMSUDIN
MUBASYIRAH BT HASSAN
FAQIHAH BT SALLEH
NUR HIDAYAH BT MUSTHAFA
MOHD TARMIZI B.MOHD NOOR
DHAMIRAH NURSAKINAH BT MUHAMAD SAFIR
SUMAIYAH BT M0HD NAJIB



Thursday, October 15, 2009

Usaha Membuahkan Hasil











HASIL KARYA AHLI BSM ketika PROGRAM tA'ARUF DI PD


1)KUMPULAN DINAMIK>UNGU :PERGI KE PD UNTUK ORIENTASI, BUKANNYA MASA UNTUK BERANGAN-ANGAN, TUJUAN KAMI UNTUK BERAKSI, UKHWAH DI SEMAI KEKAL BERPANJANGAN.
2)KUMPULAN DEDIKASI >BIRU :PAK ALI PERGI KE PEKAN, PERGI KE PEKAN MEMBELI BARANG, KAMI DATANG PENUH HARAPAN, HARAP PULANG MEMBANTU ORANG.
3)KUMPULAN INOVASI >HIJAU
: ORIENTASI BSM SANGAT MENARIK, SEHINGGA MEMBUAT SAYA TERTARIK, MENGHADAPI MENTARI YANG TERIK, INI MEMBUATKAN KAMI TAK NAK BALIK.
4)KUMPULAN SETIA KAWAN >KUNING PEKAT :ANAK BERUANG ANAK LIPAN, DI MALAM HARI TENGOK BULAN, BANYAK PENGAJARAN DI JADIKAN PANDUAN, BSM BERGUNA DI MASA HADAPAN.
5)KUMPULAN BERANI>MERAH
:PERRJALANAN KE PORT DICKSON BERBATU-BATU, DALAM BAS PUNYALAH HARU BIRU, KAMI PELAJAR BSM TAHUN SATU, DATANG KE INI INGIN TIMBA PENGALAMAN BARU.
6)KUMPULAN MESRA>PETRONAS: DUA TIGA KUCING BERLARI, MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG, BERGUNANYA ORIENTASI BSM INI, UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANAG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.
7)KUMPULAN GAGAH>PUTIH :PERGI KE PASAR MEMANDU KERETA, MEMANDU KERETA BERHASTI-HATI, ORIENTASI BSM SANGAT BERMAKNA, SEMOGA AHLINYA BERKUALITI.
8)KUMPULAN DISIPLIN>KUNING CAIR: DARI USIM KE KOLEJ UNITI, PEMANDANGAN INDAH SEKALI, MINGGU ORIENTASI SELAMA DUA HARI,
PELBAGAI ILMU BSM DIGALI.

UKHWAH BERMULA DISINI???

Karya Ahli BSM












1)KUMPULAN DINAMIK>UNGU
PERGI KE PD UNTUK ORIENTASI,

BUKANNYA MASA UNTUK BERANGAN-ANGAN,

TUJUAN KAMI UNTUK BERAKSI,

UKHWAH DI SEMAI KEKAL BERPANJANGAN.

2)KUMPULAN DEDIKASI >BIRU
PAK ALI PERGI KE PEKAN,
PERGI KE PEKAN MEMBELI BARANG,

KAMI DATANG PENUH HARAPAN,
HARAP PULANG MEMBANTU ORANG.


3)KUMPULAN INOVASI >HIJAU
ORIENTASI BSM SANGAT MENARIK,

SEHINGGA MEMBUAT SAYA TERTARIK,

MENGHADAPI MENTARI YANG TERIK,
INI MEMBUATKAN KAMI TAK NAK BALIK.


4)KUMPULAN SETIA KAWAN >KUNING PEKAT
ANAK BERUANG ANAK LIPAN,
DI MALAM HARI TENGOK BULAN,

BANYAK PENGAJARAN DI JADIKAN PANDUAN,

BSM BERGUNA DI MASA HADAPAN.

5)KUMPULAN BERANI>MERAH
PERRJALANAN KE PORT DICKSON BERBATU-BATU,

DALAM BAS PUNYALAH HARU BIRU,

KAMI PELAJAR BSM TAHUN SATU,

DATANG KE INI INGIN TIMBA PENGALAMAN BARU.

6)KUMPULAN MESRA>PETRONAS

DUA TIGA KUCING BERLARI,
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG,
BERGUNANYA ORIENTASI BSM INI,

UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG,
GEMILANG DAN TERBILANG

7)KUMPULAN GAGAH>PUTIH
PERGI KE PASAR MEMANDU KERETA,
MEMANDU KERETA BERHATI-HATI,
ORIENTASI BSM SANGAT BERMAKNA,
SEMOGA AHLINYA BERKUALITI.


8)KUMPULAN DISIPLIN>KUNING CAIR
DARI USIM KE KOLEJ UNITI,
PEMANDANGAN INDAH SEKALI,

MINGGU ORIENTASI SELAMA DUA HARI,
PELBAGAI ILMU BSM DIGALI.




Alhamdulillah,kami berjaya menjayakan Program Orentasi BSM pada awal sem ini iaitu pada 1&2 Ogos 2009 di PDS Resort Training Centre, Port Dickson, N.Sembilan.Diantara Objektif yang ingin dicapai iallah:

  • Meningkatkan penampilan diri [imej] sebagai ahli BSM dalam organisasi melalui keyakinan dan keupayaan berkerja sebagai satu kumpulan dan memahami kehendak semasa organisasi;
  • Mengamalkan nilai- nilai murni dan bersikap positif kepada perkhidmatan pertolongan cemas dan;
  • Mendedahkan dunia Bulan Sabit Merah kepada anggota yang baru dilantik bagi tujuan penerapan jati diri.

Thursday, June 25, 2009

SELAMAT DATANG PARA PELAJAR SARJANA MUDA SESI 2009/2010

Transisi perubahan daripada alam persekolahan ke alam kampus menjadi satu kenangan yang amat bermakna bagi seseoraang maka kami daripada pihak Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia mengucapkan Selamat Datang kepada semua para pelajar Sarjana Muda & Diploma yang mendaftar bagi sesi akademik 2009/2010. Menjadi satu kewajipan kepada para pelajar baru untuk mendapatkan maklumat mengenai badan beruniform yang diminati. Menyertai aktiviti kokurikulum di USIM menjadi syarat wajib untuk seseorang mahasiwa untuk bergraduasi. Bagi yang pernah menyertai Bulan Sabit Merah ketika di sekolah menengah dahulu berpeluang untuk meneruskan minat di kampus USIM. Berikut ialah maklumat yang mungkin seringkali menjadi persoalan :

1. Bagaimanakah Kursus ini dijalankan?


Kursus CBA 1033 Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia dijalankan
bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan lanjutan,
kemahiran kawad kaki dan kemahiran yang berkaitan dengannya bagi tujuan
menyelamat . Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada
modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia
merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat,
pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan
pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagai jurulatih


2. Berapa lamakah tempoh kursus ini dijalankan?


Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester iaitu 1 tahun1/2.


3. Ceritakan aktiviti-akitiviti yang pernah dijalankan.


Boleh merujuk papan kenyataan/ posting blog terdahulu. Laporan aktiviti tidak dapat dipaparkan

di sini atas masalah sistem komputer














































4. Apakah pencapaian yang telah dicapai.


BSM USIM menjadi antara Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) paling aktif di IPTA seluruh

Malaysia melalui aktiviti-aktiviti dalaman & luaran sama ada di peringkat USIM sehingga ke

peringkat nasional.


5. Selepas habis kursus ini, bagaimana dengan status ahlinya?


Para ahli BSM USIM akan secara automatik didaftarkan di bawah Majlis Sukarelawan

Universiti ( MASKUM ) supaya para ahli berpeluang untuk meneruskan minat dalam aktiviti

kesukarelawanan di USIM.


6. Bagaimana saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai BSM USIM /

berminat untuk mendaftar sebagai ahli BSM USIM ?


1) Para pembantu jurulatih BSM USIM

2) Blog USIM

3) Pegawai di Pusat Kokurikulum USIM


8. Siapakah pensyarah/pegawai di dalam organisasi BSM USIM ni?


Pegawai Kehormat ialah Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ( Dr. Adnan Yusoff)

Pegawai Penyelaras: Ustaz Syed Najihuddin Syed Hassan (Pensyarah FPQS)

Puan Zaharah Zainal Abidin ( Pen. Pendaftar Unit Latihan USIM)
Jurulatih Utama : Tn. Hj Baba Mohd Dali & Sir Fedrick Teh Leon Yue
Pembantu Jurulatih : 14 orang mahasiswa/i USIM

9. Sejarah BSM USIM ?


BSM USIM bermula pada sesi 2006/2007 dengan pengambilan mencecah 200
orang,dan kini pada tahun 2009/2010 ialah generasi ke empat. Pasukan ini telah
mendapat status Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) dan sekarang sedang berusaha
mendapatkan kelulusan untuk menjadi cawangan di daerah Nilai.

10. Apakah keistimewaan yang saya dapat apabila saya menyertai BSM USIM?

a. Memandangkan BSM USIM ialah kursus bersifat kesukarelawanan maka ini ialah platform terbaik untuk para ahli BSM USIM untuk mempelajari pelbagai kemahiran & menyumbangkan bakti tanpa mengharapkan ganjaran wang tunai.

b. Para pelajar dapat mempelajari kemahiran pertolongan cemas yang jika dihitung nilai kursus luaran & dalaman ini untuk dipelajari sendiri di luar boleh mencecah ribuan ringgit, melalui kursus di university para pelajar dapat mencapai status jurulatih tanpa mengeluarkan banyak wang ringgit sendiri, hanya perlu membayar yuran & bahan-bahan pembelajaran.

c. BSM USIM mengajar nilai-nilai Islam melalui pembelajaran hubungan dengan Allah & hubungan sesame manusia.

d. Para pelajar yang berminat untuk menjadikan BSM sebagai peluang menambahkan pendapatan di USIM boleh memohon menjadi pembantu jurulatih selepas tamat kurs.


11. BSM USIM ni untuk perempuan sahaja ke? Lelaki boleh sertai ?


Kesilapan ramai pihak menyangka BSM ini hanya untuk perempuan. Pemikiran yang

telah di rangka sejak sekolah menengah menyebabkan perkara ini terus
berkesinambungan ke peringkat university. Para pelajar lelaki perlu menyedari BSM
di kampus mempunyai banyak kelainan berbanding di sekolah menengah.


Perbezaannya :

1) BSM USIM memberi peluang yang sama kepada para pelajar lelaki untuk bergiat di dalam aktiviti lasak seperti aktiviti badan beruniform yang lain melalui kursus & program luar yang dijalankan.

2) Islam menyanjung kekuatan para lelaki namun akibat ‘’keegoan’’ para lelaki di USIM para pelajar perempuan mendominasi menjadi kepimpinan & ahlinya.

3) BSM USIM member peluang kepada para pelajar sekolah agama yang jumud (maaf jika kasar bunyinya) pemikirannya memkirkan bahawa BSM akan membuka peluang mereka untuk bergaul bebas dengan para pelajar perempuan sedangkan peranan mereka boleh menghalang perkara ini berlaku.

4) Aktiviti-aktiviti di dalam BSM USIM terutamanya aktiviti luar memerlukan banyak gerak kerja tenaga lelaki.


MAAF DI ATAS SUSUNAN MAKLUMAT YG TIDAK TERATUR. MASALAH KOMPUTER SEDANG DIHADAPI OLEH BLOGGER BSM USIM


Sunday, April 26, 2009

Makluman Kepada Semua AHLI BSM USIM



Untuk makluman semua,


Program ke IPK(Ibu Pejabat kebangsaan) pada 14/1/2010 telah ditundakan untuk sekian kali disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.


sekian,Terima Kasih.




'' Kesukarelawanan Teras BSM USIM''

Urusetia Pelajar BSM USIM sesi 2009/2010