Thursday, June 25, 2009

SELAMAT DATANG PARA PELAJAR SARJANA MUDA SESI 2009/2010

Transisi perubahan daripada alam persekolahan ke alam kampus menjadi satu kenangan yang amat bermakna bagi seseoraang maka kami daripada pihak Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia mengucapkan Selamat Datang kepada semua para pelajar Sarjana Muda & Diploma yang mendaftar bagi sesi akademik 2009/2010. Menjadi satu kewajipan kepada para pelajar baru untuk mendapatkan maklumat mengenai badan beruniform yang diminati. Menyertai aktiviti kokurikulum di USIM menjadi syarat wajib untuk seseorang mahasiwa untuk bergraduasi. Bagi yang pernah menyertai Bulan Sabit Merah ketika di sekolah menengah dahulu berpeluang untuk meneruskan minat di kampus USIM. Berikut ialah maklumat yang mungkin seringkali menjadi persoalan :

1. Bagaimanakah Kursus ini dijalankan?


Kursus CBA 1033 Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia dijalankan
bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan lanjutan,
kemahiran kawad kaki dan kemahiran yang berkaitan dengannya bagi tujuan
menyelamat . Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada
modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia
merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat,
pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan
pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagai jurulatih


2. Berapa lamakah tempoh kursus ini dijalankan?


Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester iaitu 1 tahun1/2.


3. Ceritakan aktiviti-akitiviti yang pernah dijalankan.


Boleh merujuk papan kenyataan/ posting blog terdahulu. Laporan aktiviti tidak dapat dipaparkan

di sini atas masalah sistem komputer














































4. Apakah pencapaian yang telah dicapai.


BSM USIM menjadi antara Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) paling aktif di IPTA seluruh

Malaysia melalui aktiviti-aktiviti dalaman & luaran sama ada di peringkat USIM sehingga ke

peringkat nasional.


5. Selepas habis kursus ini, bagaimana dengan status ahlinya?


Para ahli BSM USIM akan secara automatik didaftarkan di bawah Majlis Sukarelawan

Universiti ( MASKUM ) supaya para ahli berpeluang untuk meneruskan minat dalam aktiviti

kesukarelawanan di USIM.


6. Bagaimana saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai BSM USIM /

berminat untuk mendaftar sebagai ahli BSM USIM ?


1) Para pembantu jurulatih BSM USIM

2) Blog USIM

3) Pegawai di Pusat Kokurikulum USIM


8. Siapakah pensyarah/pegawai di dalam organisasi BSM USIM ni?


Pegawai Kehormat ialah Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ( Dr. Adnan Yusoff)

Pegawai Penyelaras: Ustaz Syed Najihuddin Syed Hassan (Pensyarah FPQS)

Puan Zaharah Zainal Abidin ( Pen. Pendaftar Unit Latihan USIM)
Jurulatih Utama : Tn. Hj Baba Mohd Dali & Sir Fedrick Teh Leon Yue
Pembantu Jurulatih : 14 orang mahasiswa/i USIM

9. Sejarah BSM USIM ?


BSM USIM bermula pada sesi 2006/2007 dengan pengambilan mencecah 200
orang,dan kini pada tahun 2009/2010 ialah generasi ke empat. Pasukan ini telah
mendapat status Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) dan sekarang sedang berusaha
mendapatkan kelulusan untuk menjadi cawangan di daerah Nilai.

10. Apakah keistimewaan yang saya dapat apabila saya menyertai BSM USIM?

a. Memandangkan BSM USIM ialah kursus bersifat kesukarelawanan maka ini ialah platform terbaik untuk para ahli BSM USIM untuk mempelajari pelbagai kemahiran & menyumbangkan bakti tanpa mengharapkan ganjaran wang tunai.

b. Para pelajar dapat mempelajari kemahiran pertolongan cemas yang jika dihitung nilai kursus luaran & dalaman ini untuk dipelajari sendiri di luar boleh mencecah ribuan ringgit, melalui kursus di university para pelajar dapat mencapai status jurulatih tanpa mengeluarkan banyak wang ringgit sendiri, hanya perlu membayar yuran & bahan-bahan pembelajaran.

c. BSM USIM mengajar nilai-nilai Islam melalui pembelajaran hubungan dengan Allah & hubungan sesame manusia.

d. Para pelajar yang berminat untuk menjadikan BSM sebagai peluang menambahkan pendapatan di USIM boleh memohon menjadi pembantu jurulatih selepas tamat kurs.


11. BSM USIM ni untuk perempuan sahaja ke? Lelaki boleh sertai ?


Kesilapan ramai pihak menyangka BSM ini hanya untuk perempuan. Pemikiran yang

telah di rangka sejak sekolah menengah menyebabkan perkara ini terus
berkesinambungan ke peringkat university. Para pelajar lelaki perlu menyedari BSM
di kampus mempunyai banyak kelainan berbanding di sekolah menengah.


Perbezaannya :

1) BSM USIM memberi peluang yang sama kepada para pelajar lelaki untuk bergiat di dalam aktiviti lasak seperti aktiviti badan beruniform yang lain melalui kursus & program luar yang dijalankan.

2) Islam menyanjung kekuatan para lelaki namun akibat ‘’keegoan’’ para lelaki di USIM para pelajar perempuan mendominasi menjadi kepimpinan & ahlinya.

3) BSM USIM member peluang kepada para pelajar sekolah agama yang jumud (maaf jika kasar bunyinya) pemikirannya memkirkan bahawa BSM akan membuka peluang mereka untuk bergaul bebas dengan para pelajar perempuan sedangkan peranan mereka boleh menghalang perkara ini berlaku.

4) Aktiviti-aktiviti di dalam BSM USIM terutamanya aktiviti luar memerlukan banyak gerak kerja tenaga lelaki.


MAAF DI ATAS SUSUNAN MAKLUMAT YG TIDAK TERATUR. MASALAH KOMPUTER SEDANG DIHADAPI OLEH BLOGGER BSM USIM