Saturday, March 13, 2010

Sistem Gred bagi Kegiatan Ko-Kurikulum

PULAU PINANG: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang mewujudkan sistem pemberian gred kepada pelajar yang aktif mengikuti kegiatan ko-kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula pada sesi semester akan datang.

Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata cadangan itu bertujuan mengiktiraf pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang menaikkan nama universiti sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Beliau berkata cadangan itu kini dalam peringkat rundingan akhir dengan semua IPTA bagi mewujudkan keselarasan dari segi pemberian gred.

“Ini penting kepada pelajar yang aktif dan memudahkan pihak majikan untuk membuat pilihan semasa mereka (graduan) menghadiri sesi temuduga,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Malam Kebudayaan India di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam tadi.

Katanya, pemberian gred itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan para pelajar dalam kegiatan untuk mempelajari kemahiran di pelbagai bidang.

“Sebagai permulaan sistem ini akan dilaksanakan di IPTA dahulu dan akan diperluaskan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” katanya.

Mustapa berkata gred bagi aktiviti ko-kurikulum itu akan diasingkan daripada markah akademik.

“Gred untuk aktiviti ko-kurikulum ini dinilai dari satu hingga 10. Sistem ini juga bertujuan menilai personaliti seseorang individu dan ini penting untuk pasaran kerja yang akan diceburi kelak,” katanya.

Beliau turut berkata pemberian gred bagi kegiatan ko-kurikulum kesinambungan daripada syarat kelayakan kemasukan bagi seorang pelajar sekolah ke universiti.

“Kalau masa sekolah dulu antara syarat untuk belajar di IPT seorang pelajar itu mesti aktif dalam ko-kurikulum, jadi ini adalah kesinambungan daripada syarat itu bagi melayakkan pelajar untuk memasuki pasaran kerja,” katanya.— Bernama

Sumber: Berita Harian, 31 Januari 2008

Pertandingan PC Peringkat Kebangsaan BSM 2010



3 pembantu jurulatih BULAN SABIT MERAH meringini 62 ahli BSM USIM ke Pertandingan Pertolongan Cemas Kebangsaan 2010 BSM yang diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah,N9.

TENTATIF

08.00 pg :Bertolak Dari Kolej Kediaman

09.00 pg :Tiba Di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah

Taklimat daripada Jurulatih BSM

09.30 pg:Clasical First Aid competition

11.30 pg :Ujian Penilaian

12.30 t/hari :Makan t/hari

01.30 ptg: Solat zohor

02.00 ptg :Majlis Pembukaan Rasmi

03.30 ptg :Pulang KeKolej Kediaman



Saturday, October 17, 2009

BULAN SABIT MERAH 2009/2010

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya termasuklah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki. Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester (Mulai sesi 2009/2010)
Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat, pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagai jurulatih.


Latihan dijalankan setiap hari rabu (setiap minggu) di DKS 1.2 bermula jam 2.30pm–7.00pm.Pakaian rasmi ialah T-shirt latihan & berkasut sukan.Latihan hari rabu berbentuk teori dan praktikal PC.

Latihan pada hari sabtu (2 minggu sekali) bermula jam 8.30am-12.00pm di tempat letak kenderaan FKP (Latihan kawad) dan DKS1.2 FKP (teori dan praktikal PC)

Latihan luar (Kursus) – Program Orientasi, Teambuilding, BOM etc.

Nota : Jadual latihan adalah tertakluk kepada pindaan.

Jadual latihan dikeluarkan oleh Pusat Kokurikulum.

Memohon pengecualian latihan perlu diajukan kepada Pusat Kokurikulum @ TNC (A&A).

Penilaian

  1. 60 % : Penilaian berterusan (Softskills)
  • ž Kemahiran Berkomunikasi
  • ž Pemikian Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
  • ž Kemahiran Kerja Berpasukan
  • ž Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
  • ž Kemahiran Usahawan
  • ž Etika Dan Moral Profesional
  • ž Kemahiran Kepimpinan
  • ž Kehadiran


2. 40 % : Peperiksaan Persijilan


Apa yang diperolehi selepas tamat KURSUS

  • Menguasai asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya:-mock up, anduh, ikatan tali, bantuan menyelamat dsb.
  • Peluang melanjutkan kemahiran sehingga bergelar jurulatih bertauliah
  • Mempunyai peluang untuk menyambung perkhidmatan kejurulatihan di USIM dan di negeri masing-masing.


Kerjaya selepas bergraduasi.

- Jurulatih BSM bertauliah di Sekolah, Universiti.

- Pegawai di Human Resources Department.

- Pensyarah etc.


E-mail BSM USIM

pbsm@mylms.usim.edu.my


Blog :

http://bsm-usim.blogspot.com


Office :


Bilik Gerakan BSM d/a Pusat kokurikulum,

Bandar Baru Nilai,

71800 Nilai, Negeri Sembilan.


No. telefon :

06-798-8711/ 8174 (Pusat Kokurikulum)


Fax : 06-798 8297