Blog ini ialah platform untuk bakal ahli & para ahli Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia ( BSM USIM ) Nilai Negeri Sembilan dan semua warga USIM serta mahasiswa seluruh ipta Malaysia tuntuk mengetahui berita semasa organisasi ini. Blog ini akan memuatkan segala maklumat berkaitan aktiviti yang telah, semasa & akan dilakukan. Semoga semua pembaca blog dapat memanfaatkan maklumat yang dipaparkan.
Thursday, October 15, 2009
Thursday, June 25, 2009
SELAMAT DATANG PARA PELAJAR SARJANA MUDA SESI 2009/2010
bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan lanjutan,
kemahiran kawad kaki dan kemahiran yang berkaitan dengannya bagi tujuan
menyelamat . Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada
modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia
merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat,
pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan
pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagai jurulatih
2. Berapa lamakah tempoh kursus ini dijalankan?
Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester iaitu 1 tahun1/2.
3. Ceritakan aktiviti-akitiviti yang pernah dijalankan.
Boleh merujuk papan kenyataan/ posting blog terdahulu. Laporan aktiviti tidak dapat dipaparkan
di sini atas masalah sistem komputer
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4. Apakah pencapaian yang telah dicapai.
BSM USIM menjadi antara Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) paling aktif di IPTA seluruh
Malaysia melalui aktiviti-aktiviti dalaman & luaran sama ada di peringkat USIM sehingga ke
peringkat nasional.
5. Selepas habis kursus ini, bagaimana dengan status ahlinya?
Para ahli BSM USIM akan secara automatik didaftarkan di bawah Majlis Sukarelawan
Universiti ( MASKUM ) supaya para ahli berpeluang untuk meneruskan minat dalam aktiviti
kesukarelawanan di USIM.
6. Bagaimana saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai BSM USIM /
berminat untuk mendaftar sebagai ahli BSM USIM ?
1) Para pembantu jurulatih BSM USIM
2) Blog USIM
3) Pegawai di Pusat Kokurikulum USIM
8. Siapakah pensyarah/pegawai di dalam organisasi BSM USIM ni?
Pegawai Kehormat ialah Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ( Dr. Adnan Yusoff)
Pegawai Penyelaras: Ustaz Syed Najihuddin Syed Hassan (Pensyarah FPQS)
Jurulatih Utama : Tn. Hj Baba Mohd Dali & Sir Fedrick Teh Leon Yue
Pembantu Jurulatih : 14 orang mahasiswa/i USIM
9. Sejarah BSM USIM ?
orang,dan kini pada tahun 2009/2010 ialah generasi ke empat. Pasukan ini telah
mendapat status Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) dan sekarang sedang berusaha
mendapatkan kelulusan untuk menjadi cawangan di daerah Nilai.
10. Apakah keistimewaan yang saya dapat apabila saya menyertai BSM USIM?
a. Memandangkan BSM USIM ialah kursus bersifat kesukarelawanan maka ini ialah platform terbaik untuk para ahli BSM USIM untuk mempelajari pelbagai kemahiran & menyumbangkan bakti tanpa mengharapkan ganjaran wang tunai.
b. Para pelajar dapat mempelajari kemahiran pertolongan cemas yang jika dihitung nilai kursus luaran & dalaman ini untuk dipelajari sendiri di luar boleh mencecah ribuan ringgit, melalui kursus di university para pelajar dapat mencapai status jurulatih tanpa mengeluarkan banyak wang ringgit sendiri, hanya perlu membayar yuran & bahan-bahan pembelajaran.
c. BSM USIM mengajar nilai-nilai Islam melalui pembelajaran hubungan dengan Allah & hubungan sesame manusia.
d. Para pelajar yang berminat untuk menjadikan BSM sebagai peluang menambahkan pendapatan di USIM boleh memohon menjadi pembantu jurulatih selepas tamat kurs.
11. BSM USIM ni untuk perempuan sahaja ke? Lelaki boleh sertai ?
berkesinambungan ke peringkat university. Para pelajar lelaki perlu menyedari BSM
di kampus mempunyai banyak kelainan berbanding di sekolah menengah.
Perbezaannya :
1) BSM USIM memberi peluang yang sama kepada para pelajar lelaki untuk bergiat di dalam aktiviti lasak seperti aktiviti badan beruniform yang lain melalui kursus & program luar yang dijalankan.
2) Islam menyanjung kekuatan para lelaki namun akibat ‘’keegoan’’ para lelaki di USIM para pelajar perempuan mendominasi menjadi kepimpinan & ahlinya.
3) BSM USIM member peluang kepada para pelajar sekolah agama yang jumud (maaf jika kasar bunyinya) pemikirannya memkirkan bahawa BSM akan membuka peluang mereka untuk bergaul bebas dengan para pelajar perempuan sedangkan peranan mereka boleh menghalang perkara ini berlaku.
4) Aktiviti-aktiviti di dalam BSM USIM terutamanya aktiviti luar memerlukan banyak gerak kerja tenaga lelaki.