Blog ini ialah platform untuk bakal ahli & para ahli Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia ( BSM USIM ) Nilai Negeri Sembilan dan semua warga USIM serta mahasiswa seluruh ipta Malaysia tuntuk mengetahui berita semasa organisasi ini. Blog ini akan memuatkan segala maklumat berkaitan aktiviti yang telah, semasa & akan dilakukan. Semoga semua pembaca blog dapat memanfaatkan maklumat yang dipaparkan.
1)KUMPULAN DINAMIK>UNGU :PERGI KE PD UNTUK ORIENTASI,BUKANNYA MASA UNTUK BERANGAN-ANGAN,TUJUAN KAMI UNTUK BERAKSI,UKHWAH DI SEMAI KEKAL BERPANJANGAN. 2)KUMPULAN DEDIKASI >BIRU:PAK ALI PERGI KE PEKAN,PERGI KE PEKAN MEMBELI BARANG,KAMI DATANG PENUH HARAPAN,HARAP PULANG MEMBANTU ORANG. 3)KUMPULAN INOVASI >HIJAU: ORIENTASI BSM SANGAT MENARIK,SEHINGGA MEMBUAT SAYA TERTARIK,MENGHADAPI MENTARI YANG TERIK,INI MEMBUATKAN KAMI TAK NAK BALIK. 4)KUMPULAN SETIA KAWAN >KUNING PEKAT:ANAK BERUANG ANAK LIPAN,DI MALAM HARI TENGOK BULAN,BANYAK PENGAJARAN DI JADIKAN PANDUAN,BSM BERGUNA DI MASA HADAPAN. 5)KUMPULAN BERANI>MERAH:PERRJALANAN KE PORT DICKSON BERBATU-BATU,DALAM BAS PUNYALAH HARU BIRU,KAMI PELAJAR BSM TAHUN SATU,DATANG KE INI INGIN TIMBA PENGALAMAN BARU. 6)KUMPULAN MESRA>PETRONAS:DUA TIGA KUCING BERLARI,MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG,BERGUNANYA ORIENTASI BSM INI,UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANAG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. 7)KUMPULAN GAGAH>PUTIH:PERGI KE PASAR MEMANDU KERETA, MEMANDU KERETA BERHASTI-HATI, ORIENTASI BSM SANGAT BERMAKNA, SEMOGA AHLINYA BERKUALITI. 8)KUMPULAN DISIPLIN>KUNING CAIR:DARI USIM KE KOLEJ UNITI, PEMANDANGAN INDAH SEKALI,MINGGU ORIENTASI SELAMA DUA HARI, PELBAGAI ILMU BSM DIGALI.
1)KUMPULAN DINAMIK>UNGU PERGI KE PD UNTUK ORIENTASI, BUKANNYA MASA UNTUK BERANGAN-ANGAN, TUJUAN KAMI UNTUK BERAKSI, UKHWAH DI SEMAI KEKAL BERPANJANGAN.
2)KUMPULAN DEDIKASI >BIRU PAK ALI PERGI KE PEKAN, PERGI KE PEKAN MEMBELI BARANG, KAMI DATANG PENUH HARAPAN, HARAP PULANG MEMBANTU ORANG.
3)KUMPULAN INOVASI >HIJAU ORIENTASI BSM SANGAT MENARIK, SEHINGGA MEMBUAT SAYA TERTARIK, MENGHADAPI MENTARI YANG TERIK, INI MEMBUATKAN KAMI TAK NAK BALIK.
4)KUMPULAN SETIA KAWAN >KUNING PEKAT ANAK BERUANG ANAK LIPAN, DI MALAM HARI TENGOK BULAN, BANYAK PENGAJARAN DI JADIKAN PANDUAN, BSM BERGUNA DI MASA HADAPAN.
5)KUMPULAN BERANI>MERAH PERRJALANAN KE PORT DICKSON BERBATU-BATU, DALAM BAS PUNYALAH HARU BIRU, KAMI PELAJAR BSM TAHUN SATU, DATANG KE INI INGIN TIMBA PENGALAMAN BARU.
6)KUMPULAN MESRA>PETRONAS DUA TIGA KUCING BERLARI,
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG, BERGUNANYA ORIENTASI BSM INI, UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG,
GEMILANG DAN TERBILANG
7)KUMPULAN GAGAH>PUTIH PERGI KE PASAR MEMANDU KERETA,
MEMANDU KERETA BERHATI-HATI,
ORIENTASI BSM SANGAT BERMAKNA,
SEMOGA AHLINYA BERKUALITI.
8)KUMPULAN DISIPLIN>KUNING CAIR DARI USIM KE KOLEJ UNITI,
PEMANDANGAN INDAH SEKALI, MINGGU ORIENTASI SELAMA DUA HARI,
PELBAGAI ILMU BSM DIGALI.
Alhamdulillah,kami berjaya menjayakan Program Orentasi BSM pada awal sem ini iaitu pada 1&2 Ogos 2009 di PDS Resort Training Centre, Port Dickson, N.Sembilan.Diantara Objektif yang ingin dicapai iallah:
Meningkatkan penampilan diri [imej] sebagai ahli BSM dalam organisasi melalui keyakinan dan keupayaan berkerja sebagai satu kumpulan dan memahami kehendak semasa organisasi;
Mengamalkan nilai- nilai murni dan bersikap positif kepada perkhidmatan pertolongan cemas dan;
Mendedahkan dunia Bulan Sabit Merah kepada anggota yang baru dilantik bagi tujuan penerapan jati diri.
Transisiperubahandaripadaalampersekolahankealamkampusmenjadisatukenangan yang amatbermaknabagiseseoraangmakakamidaripadapihakBulanSabitMerahUniversitiSains Islam Malaysia mengucapkanSelamatDatangkepadasemua para pelajarSarjanaMuda & Diploma yang mendaftarbagisesiakademik 2009/2010. Menjadisatukewajipankepada para pelajarbaruuntukmendapatkanmaklumatmengenaibadanberuniform yang diminati. MenyertaiaktivitikokurikulumdiUSIMmenjadisyaratwajibuntukseseorangmahasiwauntukbergraduasi. Bagi yang pernahmenyertaiBulanSabitMerahketikadisekolahmenengahdahuluberpeluanguntukmeneruskanminatdikampusUSIM. Berikutialahmaklumat yang mungkinseringkalimenjadipersoalan :
1.Bagaimanakah Kursus ini dijalankan?
Kursus CBA 1033 Bulan Sabit Merah Universiti Sains Islam Malaysia dijalankan
bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan lanjutan,
kemahiran kawad kaki dan kemahiran yang berkaitandengannya bagi tujuan
menyelamat . Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada
modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia
merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat, pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan
pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagaijurulatih
2.Berapa lamakah tempoh kursus ini dijalankan?
Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester iaitu 1 tahun1/2.
3.Ceritakan aktiviti-akitiviti yang pernah dijalankan.
Boleh merujuk papan kenyataan/ posting blog terdahulu. Laporan aktiviti tidak dapat dipaparkan
di sini atas masalah sistem komputer
4.Apakah pencapaian yang telah dicapai.
BSM USIM menjadi antara Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) paling aktif di IPTA seluruh
Malaysia melalui aktiviti-aktiviti dalaman & luaran sama ada di peringkat USIM sehingga ke
peringkat nasional.
5.Selepas habis kursus ini, bagaimana dengan status ahlinya?
Para ahli BSM USIM akan secara automatik didaftarkan di bawah Majlis Sukarelawan
Universiti ( MASKUM ) supaya para ahli berpeluang untuk meneruskan minat dalam aktiviti
kesukarelawanan di USIM.
6.Bagaimana saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai BSM USIM /
berminat untuk mendaftar sebagai ahli BSM USIM ?
1) Para pembantu jurulatih BSM USIM
2) Blog USIM
3) Pegawai di Pusat Kokurikulum USIM
8.Siapakah pensyarah/pegawai di dalam organisasi BSM USIM ni?
Pegawai Kehormat ialah Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ( Dr. Adnan Yusoff)
Pegawai Penyelaras: Ustaz Syed Najihuddin Syed Hassan (Pensyarah FPQS)
Puan Zaharah Zainal Abidin ( Pen. Pendaftar Unit Latihan USIM)
Jurulatih Utama : Tn. Hj Baba Mohd Dali & Sir Fedrick Teh Leon Yue
Pembantu Jurulatih : 14 orang mahasiswa/i USIM
9.Sejarah BSM USIM ?
BSM USIM bermula pada sesi 2006/2007 dengan pengambilan mencecah 200
orang,dan kini pada tahun 2009/2010 ialah generasi ke empat. Pasukan ini telah
mendapat status PasukanBantuan Sukarela (PBS) dan sekarang sedang berusaha
mendapatkan kelulusan untuk menjadi cawangan di daerah Nilai.
10.Apakah keistimewaan yang saya dapat apabila saya menyertai BSM USIM?
a.Memandangkan BSM USIM ialah kursus bersifat kesukarelawanan maka ini ialah platform terbaik untuk para ahli BSM USIM untuk mempelajari pelbagai kemahiran &menyumbangkan bakti tanpa mengharapkan ganjaran wang tunai.
b.Para pelajar dapat mempelajari kemahiran pertolongan cemas yang jika dihitung nilai kursus luaran & dalaman ini untuk dipelajari sendiri di luar boleh mencecah ribuan ringgit, melalui kursus di university para pelajar dapat mencapai status jurulatih tanpa mengeluarkan banyak wang ringgit sendiri, hanya perlu membayar yuran & bahan-bahan pembelajaran.
c.BSM USIM mengajar nilai-nilai Islam melalui pembelajaran hubungan dengan Allah & hubungan sesame manusia.
d.Para pelajar yang berminat untuk menjadikan BSM sebagai peluang menambahkan pendapatan di USIM boleh memohon menjadi pembantu jurulatih selepas tamat kurs.
11.BSM USIM ni untuk perempuan sahaja ke? Lelaki boleh sertai ?
Kesilapan ramai pihak menyangka BSM ini hanya untuk perempuan. Pemikiran yang
telah di rangka sejak sekolah menengah menyebabkan perkara ini terus berkesinambunganke peringkat university. Para pelajar lelaki perlu menyedari BSM di kampus mempunyai banyak kelainan berbanding di sekolah menengah.
Perbezaannya :
1)BSM USIM memberi peluang yang sama kepada para pelajar lelaki untuk bergiatdi dalam aktiviti lasak seperti aktiviti badan beruniform yang lain melalui kursus & program luar yang dijalankan.
2)Islam menyanjung kekuatan para lelaki namun akibat ‘’keegoan’’ para lelaki di USIM para pelajar perempuan mendominasi menjadi kepimpinan & ahlinya.
3)BSM USIM member peluang kepada para pelajar sekolah agama yang jumud (maaf jika kasar bunyinya) pemikirannya memkirkan bahawa BSM akan membuka peluang mereka untuk bergaul bebas dengan para pelajar perempuan sedangkan peranan mereka boleh menghalang perkara ini berlaku.
4)Aktiviti-aktiviti di dalam BSM USIM terutamanya aktiviti luar memerlukan banyak gerak kerja tenaga lelaki.
MAAF DI ATAS SUSUNAN MAKLUMAT YG TIDAK TERATUR. MASALAH KOMPUTER SEDANG DIHADAPI OLEH BLOGGER BSM USIM